assalamualaikum w.b.t...
Secara ringkas, khasiat pegaga ialah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
Buat terakhir kalinya; dalam halaman blog ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang cara kita mengamalkan khasiat pegaga ini. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan orang ramai terutamanya dalam kalangan orang-orang yang muda tidak suka memakan pegaga sekiranya tumbuhan ini dijadikan sebagai ulam-ulaman. Oleh itu, satu alternatif lain yang akan saya kongsikan bersama anda semua ialah mengamalkan pemakanan pegaga dalam kerabu. Makanan ini dikenali sebagai "Kerabu Pegaga dan Bunga Kantan".
Bahan-bahan dalam menyediakan makanan ini ialah:
• 1 cekak pegaga – dipotong kecil
• 1 kuntum bunga kantan – hiris halus
• 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak
• 1 sudu kecil lada hitam
• 1 biji cili merah – hiris halus
• 2 ulas bawang merah dimayang halus
• 2 biji limau kasturi – diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
• segenggam ikan bilis – goreng tanpa minyak
Cara-cara dalam menyediakan makanan ini pula ialah:
• Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
• Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan
dan juga cili merah.
• Gaul rata dan hidangkan.
RAHSIA KECANTIKAN DIRI DI WAKTU USIA EMAS:
Hari ini tergerak hati saya untuk bercerita lebih lanjut tentang amalan memakan pegaga ini samaada dimakan sebagai ulam atau dibuat jus minuman. Kedua-dua pendekatan itu memang ternyata berkesan kerana hasilnya masalah sakit-sakit badan mahupun keletihan dapat dikurangkan berbanding sebelumnya.
Ceritanya bermula beberapa tahun lalu di mana rumah lama kami menerima kunjungan seseorang yang kalau tidak silap saya berumur dalam linkungan 70-an. Beliau merupakan salah seorang saudara 'bau-bau bacang' kami. Yang membuat saya terpegun mengenainya ialah apabila setiap kali memandang wajahnya yang bersih berseri-seri dan tampak cantik walaupun dalam usia emas. Semasa di dapur ketika membasuh pinggan, saya mengambil peluang bertanya rahsia awet muda beliau. Tanpa mahu berselindung beliau dengan senang hati memberitahu saya rahsia yang diamalkannya sejak dari usia remaja lagi.
Caranya tidak lain dari menumbuk segenggam pegaga setiap pagi, ditapis patinya lalu dicampur dengan air masak setengah gelas untuk diminum. Hampas pegaga tadi jangan dibuang, lumurkan pula di muka dan biarkan ia selama kita memasak di dapur. Bagi saya, ini merupakan satu alternatif rawatan penjagaan kesihatan yang baik dan berkesan jika diamalkan setiap hari. Selain untuk rawatan diri sendiri, saya juga cuba memanafaatkan khasiat sayur ini untuk suami dan anak-anak. Tapi budak2 biasa lah, mereka hanya makan sebagai ulam dan tak berapa gemar minum jus nya(mungkin bagi mereka rasanya tidak sesedap jus carrot/belimbing).
Alhamdulillah sehingga sekarang, saya menanam sendiri pegaga di laman dapur. Ianya lebih baik dari membelinya di pasar kerana jika ditanam sendiri, insyaAllah kedapatan bahan-bahan kimia pada sayur dari sebab baja atau racun serangga boleh dielakkan. Saya lebih suka menggunakan kaedah orang-orang tua dahulu yang menyiram sayur-sayuran dengan air dari basuhan beras atau ikan. Hasilnya sayur kita akan lebih cantik, subur dan selamat untuk dimakan melalui penggunaan baja yang semulajadi. Dengan ini, kita juga akan menjadi cantik berseri. Jadi, amalkanlah memakan pegaga kerana ia memberikan banyak khasiat kepada kita. Insya-Allah, dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Sebelum kita berpisah, saya ingin berkongsi sedikit gambar-gambar jenis pegaga dengan anda semua.Diharapkan anda dapat menikmati khasiat pegaga!
PEGAGA KELANTAN:
PEGAGA GAJAH :
PEGAGA DAUN LEBAR :
SEKIAN, TERIMA KASIH!...=)...
Assalamualaikum w.b.t....