Sunday 11 September 2011

KHASIAT DARI JENIS-JENIS PEGAGA:

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak dijual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina pula, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.





Antara khasiat lain pegaga adalah:
• penawar alahan
• merawat asthma dan sesak nafas
• merawat jangkitan paru-paru
• merawat kegusaran dan kegigilan
• anti kanser
• melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
• penawar batu karang
• penawar kencing berdarah
• penawar ulser
• merangsang peredaran darah
• merawat cirit birit dan gastrik
• menurunkan tekanan darah

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti kari, mi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Air daun pegaga dilaporkan boleh memanaskan badan terutaman untuk ibu yang baru lepas bersalin. Air daun pegaga direbus dengan sedikit gula dipercayai boleh mengubati sakit mata. Untuk merawat penyakit sengal badan pula, daun pegaga dicampurkan dengan sedikit bawang. Kemudian air rebusan itu diminum.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.Seperti pada halaman blog saya yang dahulu, saya ada menceritakan bahawa pegaga dapat menjadikan sebagai penenang untuk menahan tekanan. Hal ini terbukti setelah saya mengetahuinya daripada rahsia nenek moyang yang mengamalkan memakan khasiat pegaga dapat memberikan ketenangan kepada orang tersebut.Hal ini demikian kerana, akar-akar yang menjalar pada pegaga itu dibayangkan seolah-olah sebagai saraf otak dalam otak kita. Maksudnya, apabila seseorang itu mengamalkan memakan pegaga ini, maka saraf otak mereka akan sentiasa berkembang dan tidak putus dalam satu tempoh yang lama.Begitu juga dengan pegaga, akat=r tumbuhan ini sentiasa menjalar dan tidak pernah putus.Dengan ini, saraf otak yang sentiasa berkembang tidak akan mudah berserabut sehinggakan memberikan tekanan kepada kita.

gambar menunjukkan wanita yang berada dalam keadaan yang tertekan.

No comments:

Post a Comment