Friday 9 September 2011

PENGIKTIRAFAN PEGAGA

    Pegaga juga merupakan salah satu ulam tempatan yang mendapat pengiktirafan pertubuhan-pertubuhan kesihatan di dunia sebagai herba berpotensi tinggi. Ianya telah digunakan sebagai  penawar sejak beribu-ribu tahun yang  lalu.Secara tradisional, ia digunakan untuk awet muda dan memanjangkan  usia. Pada peringkat awalnya, kegunaannya adalah sebagai  pembersih darah semulajadi dan  diuretic.

    Setiap bahagian  pegaga adalah bernilai untuk perubatan. Hinggakan   buahnya yang kecil juga
dijadikan campuran dalam bedak sejuk untuk  melicinkan dan menghilangkan jerawat di muka. Sebenarnya pegaga lebih daripada itu, dengan teknologi moden ia mula dikaitkan sebagai  tonik untuk otak, sistem saraf dan  rawatan untuk tekanan darah tinggi.

    Pegaga juga boleh mengembalikan keremajaan dan meningkatkan meditasi. Manakala dalam  perubatan Cina,  mereka percaya pegaga boleh memberikan usia yang panjang. Mereka memanggilnya sebagai  'Fountain of Youth'.

   Kajian moden yang dijalankan mendapati pegaga boleh bertindak sebagai astringent, tonik, perangsang, alternative, antirheumatic, antiseptic, antipasmodic, diuretic, nervine, sedative (ubat pelali), ubat cacing dan  digunakan untuk menentang batuk kokol.

  Malahan terdapat  juga kajian yang  telah dilakukan bahawa herba ajaib ini membantu wanita lepas bersalin lebih cepat sembuh berbanding rawatan lain.Pegaga juga dijadikan sebagai rawatan harian untuk  melegakan dan mengurangkan masalah sistem pernafasan termasuk melegakan sesak nafas semasa selsema dan infeksi sistem pernafasan.
    Kegunaannya dalam  perubatan moden lebih meluas lagi. Ekstrak dari pegaga mengandungi glycosides antaranya berupaya menjadi penawar luka, aktiviti antiinflammatory dan dalam dos yang  banyak  boleh menjadi sedative (ubat pelali).

No comments:

Post a Comment