Monday, 12 September 2011

KHASIAT DAUN PEGAGA DAN ALTERNATIF LAIN UNTUK MENGAMALKAN MEMAKAN PEGAGA

assalamualaikum w.b.t...


Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit di antaranya ialah kencinng manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a) Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan menjadikannya sebagai ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Caranya:
-Ambil 10 helai daun pegaga,
-cuci dengan air garam,
-kemudian ditumbuk halus dan
-campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

gambar menunjukkan bahawa wajah yang berseri akan meningkatkan keyakinan diri kita.

Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Hari ini tergerak hati saya untuk bercerita lebih lanjut tentang amalan memakan pegaga ini samada di makan sebagai ulam atau dibuat jus minuman. Kedua-dua pendekatan itu memang ternyata berkesan kerana hasilnya masalah sakit-sakit badan maupun keletihan dapat di kurangkan berbanding sebelumnya.

Sesungguhnya, pegaga banyak memberikan khasiat kepada kita semua terutama dalam bidang kesihatan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya En. Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah membantu ramai pesakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah. Ia juga berkesan untuk:

    ✔ Sirosis hati
    ✔ Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    ✔ Sakit lutut
    ✔ Kencing tikus
    ✔ Radang paru-paru & sempit (COPD)

    Herba ini boleh diamalkan bersama rawatan hospital & kimoterapi, malah bantu percepatkan proses sembuh. Fokus utama herba ini adalah membunuh sel kanser sampai ke akar, agar tak berulang lagi.

    100% herba semulajadi – selamat, tidak bertoksik, & tidak ganggu rawatan moden.
    Boleh diamalkan harian utk mencegah kanser dan bantu rawat penyakit lain.


    ---

    Ramai dah sembuh! Antara testimoni:

    Adik Haziq – Hodgkin tahap 4

    Pn Syarifah – Paru² tahap 3

    En. Asri – Usus tahap 2

    Suzana – Rahim & lidah tahap 4

    Nor Azian – Payudara triple negative

    Aidil – Burkitt lymphoma tahap 4

    Dan ramai lagi...


    Nak tengok testimoni video pesakit yg sembuh?
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com


    Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada, usaha sekarang.
    Saya sedia bntu anda – dari rawatan, pemakanan, hingga sokongan emosi.

    WhatsApp segera:
    017-468 7570 (En. Zuhairi)

    Sharing is caring – bantu sebarkan. Ramai yg dah sembuh, anda bila lagi?

    ReplyDelete