Friday 2 September 2011

PEGAGA, KANDUNGAN DAN KHASIATNYA

assalamualaikum w.b.t...

             Pegaga merupakan salah satu ulam tempatan yang mendapat pengiktirafan pertubuhan-pertubuhan kesihatan di dunia sebagai herba berpotensi tinggi. Ianya telah digunakan sebagai  penawar sejak beribu-ribu tahun yang  lalu.Secara tradisional, ia digunakan untuk awet muda dan memanjangkan  usia. Pada peringkat awalnya, kegunaannya adalah sebagai  pembersih darah semulajadi dan  diuretic.
Setiap bahagian  pegaga adalah bernilai untuk perubatan. Hinggakan   buahnya yang kecil juga dijadikan campuran dalam bedak sejuk untuk  melicinkan dan menghilangkan jerawat di muka. Sebenarnya pegaga lebih daripada itu, dengan teknologi moden ia mula dikaitkan sebagai  tonik untuk otak, sistem saraf dan  rawatan untuk tekanan darah tinggi.

Pegaga juga boleh mengembalikan keremajaan dan meningkatkan meditasi. Manakala dalam  perubatan Cina,  mereka percaya pegaga boleh memberikan usia yang panjang. Mereka memanggilnya sebagai  'Fountain of Youth'.

Kajian moden yang dijalankan mendapati pegaga boleh bertindak sebagai astringent, tonik, perangsang, alternative, antirheumatic, antiseptic, antipasmodic, diuretic, nervine, sedative (ubat pelali), ubat cacing dan  digunakan untuk menentang batuk kokol.

Malahan terdapat  juga kajian yang  telah dilakukan bahawa herba ajaib ini membantu wanita lepas bersalin lebih cepat sembuh berbanding rawatan lain.Pegaga juga dijadikan sebagai rawatan harian untuk  melegakan dan mengurangkan masalah sistem pernafasan termasuk melegakan sesak nafas semasa selsema dan infeksi sistem pernafasan.

Kegunaannya dalam  perubatan moden lebih meluas lagi. Ekstrak daripada  pegaga mengandungi glycosides antaranya berupaya menjadi penawar luka, aktiviti antiinflammatory dan dalam dos yang  banyak  boleh menjadi sedative (ubat pelali).
Selain daripada  itu, pegaga juga didapati boleh merawat penyakit kusta dan  tibi. Ia  juga merangsang pembentukan lipid dan  protein yang amat berguna untuk kulit. Pegaga juga mengandungi vitamin A, B, D dan K, mineral, kalsium dan  magnesium.
Bukan sahaja bertindak  sebagai  herba awet muda, tetapi ia  telah dikomersilkan sebagai  tonik untuk otak dan  menguatkan sistem saraf. Beberapa kajian telah membuktikan pegaga sebagai  makanan untuk otak. Ia telah digunakan untuk  merawat sesetengah keadaan yang  berkaitan dengan  sistem saraf seperti kebimbangan dan  tekanan.

No comments:

Post a Comment