Sunday 4 September 2011

KELEBIHAN PEGAGA YANG UNIK

       Bagi yang mahukan wajah yang  sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan dapat  meningkatkan daya ingatan anda, maka tidak perlulah  bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia.

       Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar. Sungguhpun ia sejenis tumbuhan yang kecil, namun tumbuhan ini memberikan banyak khasiat kepada kita.

       Rahsia dan khasiatnya yang dapat dijadikan penawar pelbagai penyakit terbukti sejak berkurun lamanya.

      Untuk informasi tambahan, pegaga juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae dalam kalangan masyarakat tempatan. Tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

      Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.Bagi kaum Cina pula,  pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. Manakala masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

      Di Thailand pula, Buabok, iaitu produk yang dibotolkan  secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

     Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, menyembuhkan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.



   












No comments:

Post a Comment